Jabatan Latihan Industri Pelajar (JLIP) ditubuhkan pada 1 April 2019 dibawah Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA) bagi membantu PKKA berkaitan dengan urusan latihan industri (LI) pelajar. Dua fungsi utama JLIP adalah menguruskan pelaksanaan program LI pelajar secara berkesan dan teratur, dan menjadi penghubung sepanjang tempoh pelaksanaan program diantara pelajar dan pihak syarikat yang menawarkan penempatan LI. JLIP mempunyai dua staf tetap bagi jawatan Ketua Jabatan dan Pembantu Tadbir (P/O) serta dibantu oleh Penyelaras LI Fakulti dari 9 Fakulti di UTHM.
Latihan Industri (LI) merujuk kepada kursus Hadir Wajib (HW) Universiti yang menempatkan pelajar di sesebuah organisasi sama ada di dalam atau di luar negara untuk menjalani latihan praktikal sebelum mereka dianugerahkan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. Kursus LI yang ditawarkan kepada pelajar adalah berbeza dari segi masa dan tempoh latihan mengikut fakulti dan program masing-masing. Jadual LI mengikut fakulti dan program boleh dirujuk di Muat Turun.
Pelajar disarankan merujuk panduan dan tips permohonan latihan industri seperti dibawah.