Soalan Lazim

Jabatan Latihan Industri Pelajar

Pelajar Aktif yang telah memperolehi 60% jumlah kredit dalam program berdasarkan jenis bidang pengajian yang ditawarkan oleh Fakulti.

Pelajar dikehendaki mendaftar LI di sistem eLI modul Daftar LI. Pelajar akan dibenarkan mengakses pencarian syarikat setelah penyelaras menyemak dan mengesahkan permohonan sekiranya jumlah kredit mencukupi 60%. Pelajar tahun 1 tidak dibenarkan membuat permohonan di dalam sistem. Pelajar juga perlu mendaftar subjek LI di Fakulti.

Pelajar dibenarkan memohon sekurang-kurangnya 3 tempat LI sahaja dan dikehendaki memilih hanya 1 tempat LI sahaja. Sebarang tawaran daripada syarikat akan/perlu dimaklumkan kepada Jabatan Latihan Industri Pelajar, Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA). Jabatan Latihan Industri Pelajar akan mengemaskini status penerimaan dan pelajar boleh menyemak melalui menu status mohon syarikat. Pelajar perlu memberi jawapan pilihan dengan kadar segera kepada Jabatan Latihan Industri Pelajar.

  1. Urusan surat menyurat bagi permohonan kepada industri boleh dicetak melalui sistem.
  2. Pelajar perlu memilih syarikat dan mengesahkan pemilihan syarikat terlebih dahulu sebelum boleh mencetak surat permohonan.
  3. Pelajar juga dikehendaki melampirkan surat permohonan bersama resume pelajar.
  4. Resume pelajar boleh dicetak melalui sistem atau pelajar digalakkan menyediakan resume sendiri mengikut kreativiti pelajar masing-masing.
  5. Segala urusan surat permohonan rasmi berlogo UTHM dan resume akan di hantar sendiri oleh pelajar.

Pelajar dikehendaki mengisi Surat Jawapan di sistem eLI modul Status Mohon Syarikat pada hari pertama atau selewat-lewatnya seminggu setelah melaporkan diri di Syarikat Latihan Industri. Pelajar diminta untuk kemaskini alamat terkini dalam tempoh seminggu tersebut. Surat Jawapan wajib di isi bagi memudahkan penyelia anda menyelia anda di Syarikat Latihan Industri. Kegagalan untuk mengemaskini maklumat dalam tempoh tersebut adalah ditanggung oleh pelajar bagi urusan sepanjang tempoh Latihan Industri dijalankan.

UTHM tidak menyediakan peruntukan kewangan untuk pelajar menjalani LI. Pelajar dilarang meminta sebarang imbuhan, upah atau elaun daripada organisasi kecuali merupakan pemberian daripada pihak organisasi anda Latihan Industri.

Yuran tertakluk kepada Pekeliling Bendahari (Peraturan Pembayaran Pelajar).

Semua pelajar UTHM adalah dilindungi oleh Skim Insuran Berkelompok, (rujuk Pejabat Hal Ehwal Pelajar untuk keterangan lanjut).

Jabatan Latihan Industri Pelajar

Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni

UTHM 86400 Parit Raja

Batu Pahat Johor

 

No. Tel : 07-4537457 / 7590

No. Fax : 07-4536262

Emel : li@uthm.edu.my

Jabatan Hubungan Alumni

Endownment atau al waqaf ialah asset kewangan yang didermakan kepada institusi yang tidak berteraskan keuntungan sama ada dalam bentuk tabung pelaburan atau harta modal yang cara penggunaannya telah ditetapkan oleh penderma. Dana ini telah ditubuhkan sebagai platform untuk memberi peluang kepada alumni UTHM untuk menyokong universiti. Dana ini diuruskan oleh Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada wakil-wakil dari pentadbiran UTHM. Sumbangan anda akan menunjukkan kebanggaan, komitmen dan semangat kekitaan ke universiti anda.

Keistimewaan yang diperolehi oleh penderma ialah layak diberikan pelepasan cukai pendapatan menurut “Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. No.Warta Kerajaan 764 bertarikh 30 Januari 1997” dan pelepasan cukai pendapatan ini tertakluk kepada had pelepasan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Anda boleh membantu dengan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Universiti atau dengan menyumbang idea atau program ke arah memperkaya pengalaman pembelajaran semua pelajar. Bantuan lain termasuk derma, tajaan, kepakaran dan sukarelawan perkhidmatan. Apa sahaja sumbangan anda mereka adalah dialu-alukan.

Alumni UTHM adalah pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian dan

disahkan oleh SENAT universiti.

Ya sudah tentu. Kami percaya bahawa ikatan antara alumni dan pelajar bermula sebaik sahaja pelajar memasuki Universiti kerana anda akan menjadi alumni selepas menamatkan pengajian nanti. Alumni juga komited dalam menganjurkan latihan terutamanya dalam kemahiran insaniah dan program pembangunan kerjaya untuk meningkatkan pekerjaan di pasaran kerja selepas tamat pengajian. Kami berharap ini akan menanamkan kebanggaan di alma mater anda dan kemudian mungkin ingin membuat sebarang sumbangan ke arah mencapai kecemerlangan Universiti.