Alumni UTHM, Johan Tilawah Al-Quran

19 Ogos 2022 – Nur Salina Pei binti Abdullah (Shelyn Pei Chia Chia) muncul Johan Tilawah Al-Quran (Kategori Wanita) di Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M yang berlangsung di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut pada 18-20 Ogos 2022 lalu.

Salina yang juga Penolong Pegawai Tadbir di Pusat Kemajuaan Kerjaya dan Alumni, UTHM merupakan saudara baru yang memeluk agama Islam pada 4 Julai 2013.

Alumni tahun 2012 dari FSKTM, UTHM ini juga bergiat aktif sebagai Pegawai Pendakwah Saudara Kita Daerah Batu Pahat, Tenaga Pengajar Saudara Kita Daerah Batu Pahat dan Guru Am Al-Quran Daerah Batu Pahat.

Selain menyumbang bakti sebagai pendakwah dan tenaga pengajar saudara kita di Batu Pahat, Nur Salina pernah menerima Anugerah Maal Hijrah Saudara Kita sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Johor 1442H/2020M, Naib Johan Tilawah Al-Quran Saudara Kita Peringkat Kebangsaan 2019 dan Johan Hafazan Saudara Kita Peringkat Kebangsaan 2017.


Kejayaan yang dikecapi beliau hari ini adalah hasil dari dorongan dan sokongan suaminya iaitu Mohd Hafiz bin Burhan yang juga merupakan alumni UTHM selain dari keluarga, guru-guru serta rakan-rakannya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *