About Us
Corporate Info
Sejarah UTHM bermula pada tahun 1993 iaitu bermulanya penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), kemudian dinaiktaraf kepada Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) pada tahun 1996 dan seterusnya Kolej Universiti Tun Hussein Onn (KUiTTHO) pada tahun 2000 dan ditukar nama kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun 2007. Sehingga 31 Disember 2017 jumlah graduan yang diiktiraf sebagai Alumni UTHM telah mencecah bilangan 35 ribu orang yang mana kini sedang bekerja di pelbagai sektor pekerjaan dalam dan luar negara.
%GE UTHM
2018
2019
2020


Sehingga 31 Disember 2017 jumlah graduan yang diiktiraf sebagai Alumni UTHM telah mencecah bilangan 35 ribu orang yang mana kini sedang bekerja di pelbagai sektor pekerjaan dalam dan luar negara. Melihat kepada perkembangan dan kemajuan UTHM yang terus maju kehadapan. Pentadbiran Universiti pada 13 Mac 2003 telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja Alumni yang ditadbir urus oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar serta dianggotai oleh beberapa Alumni UTHM generasi pertama pada ketika itu. Jawatankuasa ini yang bertanggungjawab dalam membuat kajian, menyusun, merancang pelan tindakan bagi memantapkan dan menubuhkan unit yang bertanggungjawab dalam aktiviti berkaitan alumni serta penghubung antara Universiti dan Alumni.
Rentetan daripada itu, Unit Hubungan Alumni (UHA) UTHM telah ditubuhkan pada 16 Jun 2006 sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) di bawah naungan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran Alumni UTHM. UHA terus berkembang mengikut peredaran pembangunan universiti dimana Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Universiti Bi. 1/2008 yang bersidang pada 22 Januari 2008 telah meluluskan penukaran nama UHA UTHM kepada Centre of Alumni Advancement and Relations (CARE) atau dalam Bahasa Melayu Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni yang lebih dikenali sebagai CARE UTHM. Pada 1 April 2019 penukaran nama Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni (CARE) kepada Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA) yang merangkumi 3 jabatan utama iaitu Jabatan Latihan Industri Pelajar, Jabatan Kerjaya Pelajar dan Jabatan Hubungan Alumni. PKKA juga disokong oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan serta Unit Data dan Perangkaan untuk melancarkan operasi pusat.
Visi & Misi
Visi
Mewujudkan Hubungan yang berterusan demi Kemajuan Alumni dan Universiti.
Misi
Mengeratkan Kerjasama Alumni dalam pelbagai bidang secara holistik melalui sumbangan idea dan kepakaran serta perlaksanaan Program Pembangunan Profesionalisme.
Motto
Persada Jalinan Gemilang
Objektif Kualiti
- Memastikan 90% graduan mengemaskini maklumat dalam Sistem Maklumat Alumni dalam tempoh setahun selepas bergraduan.
- Melaksanakan program–program dan aktiviti berkaitan penjanaan sumbangan alumni bagi menepati sasaran dana endowmen yang ditetapkan oleh KPI universiti.
- Melaksanakan sekurang–kurangya 15 program setahun bagi memperkukuhkan dan memantapkan hubungan alumni bersama universiti dalam merealisasikan visi dan misi universiti.
Carta Organisasi
A descriptive paragraph that tells clients how good you are and proves that you are the best choice that they’ve made.
