Industrial Training
Introduction
Jabatan Latihan Industri Pelajar (JLIP) ditubuhkan pada 1 April 2019 dibawah Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA) bagi membantu PKKA berkaitan dengan urusan latihan industri (LI) pelajar. Dua fungsi utama JLIP adalah menguruskan pelaksanaan program LI pelajar secara berkesan dan teratur, dan menjadi penghubung sepanjang tempoh pelaksanaan program diantara pelajar dan pihak syarikat yang menawarkan penempatan LI. JLIP mempunyai dua staf tetap bagi jawatan Ketua Jabatan dan Pembantu Tadbir (P/O) serta dibantu oleh Penyelaras LI Fakulti dari 9 Fakulti di UTHM

Latihan Industri (Dalam Negara)
- Permohonan LI dimana-mana organisasi/institusi di dalam negara perlu melalui Sistem Pengurusan Latihan Industri (e-LI) seperti di pautan berikut: https://eli.uthm.edu.my/
- Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Panduan LI (dalam negara) di Muat Turun
- Panduan dan tatacara penggunaan Sistem e-LI boleh dirujuk di Muat Turun
- Senarai iklan tawaran penempatan LI dari syarikat (mengikut zon) boleh rujuk di pautan berikut: https://bit.ly/2TpizRE

Latihan Industri (Dalam Negara)
- Permohonan LI ke luar negara adalah secara manual dimana pelajar perlu mengisi borang permohonan dan hantar ke kaunter JLIP sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum LI bermula.
- Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Panduan LI (luar negara) di Muat Turun

Latihan Industri (Dalam Negara)
- Jabatan Latihan Industri Pelajar (JLIP) menguruskan sepenuhnya Latihan Industri (LI) pelajar yang menjalani LI di UTHM atau dipanggil sebagai LI Inbound UTHM.
- Pengurusan LI Inbound ini meliputi permohonan, penempatan, penyerahan dan pengesahan dokumen tuntutan pelajar.
PERMOHONAN PELAJAR
- Permohonan bagi menjalani latihan industri (LI) di UTHM perlu dihantar ke Jabatan Latihan Industri Pelajar (JLIP), Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA) selewat-lewatnya sebulan sebelum LI bermula.
- Pelajar perlu menghantar permohonan bersama dokumen yang lengkap ke kaunter JLIP atau melalui email di li@uthm.edu.my.
- Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Panduan Umum Pengurusan LI Inbound di Muat Turun


PENEMPATAN PELAJAR
- Pelajar akan ditempatkan di Pusat Tanggungjawab (PTj) sama ada Pusat/Pejabat/Fakulti dibawah penyelian staf UTHM (gred 41 ke atas) di PTj tersebut.
- Penetapan PTj dan Penyelia LI adalah berdasarkan skop latihan industri yang akan disediakan menepati keperluan bidang/program pelajar.
- Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Panduan Umum Pengurusan LI Inbound di Muat Turun
- RE-SIP
Research Enhanced - Structured Internship Programme (RE-SIP)
RE SIP is a combination between Pre-Engagement + Internship + FYP through the concept of 1SV1Industry.
RE-SIP Objectives:
- To enhance academia-industry collaboration through the Industrial Training platform.
- To extend the engagement period between students and industry players.
- To encourage industry-relevant internship experience which leads to employment.
Latihan Industri
Pengurusan Latihan Industri Anda
Daftar LI di sini
Call for Intern
Untuk Peluang LI di UTHM
Frequently Asked Questions
Jabatan Latihan Industri Pelajar
Pra Syarat Layak Memohon LI
Pelajar Aktif yang telah memperolehi 60% jumlah kredit dalam program berdasarkan jenis bidang pengajian yang ditawarkan oleh Fakulti.
Mendaftar Latihan Industri
Pelajar dikehendaki mendaftar LI di sistem eLI modul Daftar LI. Pelajar akan dibenarkan mengakses pencarian syarikat setelah penyelaras menyemak dan mengesahkan permohonan sekiranya jumlah kredit mencukupi 60%. Pelajar tahun 1 tidak dibenarkan membuat permohonan di dalam sistem. Pelajar juga perlu mendaftar subjek LI di Fakulti.
Pemilihan Tempat LI
Pelajar dibenarkan memohon sekurang-kurangnya 3 tempat LI sahaja dan dikehendaki memilih hanya 1 tempat LI sahaja. Sebarang tawaran daripada syarikat akan/perlu dimaklumkan kepada Jabatan Latihan Industri Pelajar, Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA). Jabatan Latihan Industri Pelajar akan mengemaskini status penerimaan dan pelajar boleh menyemak melalui menu status mohon syarikat. Pelajar perlu memberi jawapan pilihan dengan kadar segera kepada Jabatan Latihan Industri Pelajar.
Urusan Surat Menyurat
- Urusan surat menyurat bagi permohonan kepada industri boleh dicetak melalui sistem.
- Pelajar perlu memilih syarikat dan mengesahkan pemilihan syarikat terlebih dahulu sebelum boleh mencetak surat permohonan.
- Pelajar juga dikehendaki melampirkan surat permohonan bersama resume pelajar.
- Resume pelajar boleh dicetak melalui sistem atau pelajar digalakkan menyediakan resume sendiri mengikut kreativiti pelajar masing-masing.
- Segala urusan surat permohonan rasmi berlogo UTHM dan resume akan di hantar sendiri oleh pelajar.
Surat Jawapan
Pelajar dikehendaki mengisi Surat Jawapan di sistem eLI modul Status Mohon Syarikat pada hari pertama atau selewat-lewatnya seminggu setelah melaporkan diri di Syarikat Latihan Industri. Pelajar diminta untuk kemaskini alamat terkini dalam tempoh seminggu tersebut. Surat Jawapan wajib di isi bagi memudahkan penyelia anda menyelia anda di Syarikat Latihan Industri. Kegagalan untuk mengemaskini maklumat dalam tempoh tersebut adalah ditanggung oleh pelajar bagi urusan sepanjang tempoh Latihan Industri dijalankan.
Imbuhan atau Elaun LI
UTHM tidak menyediakan peruntukan kewangan untuk pelajar menjalani LI. Pelajar dilarang meminta sebarang imbuhan, upah atau elaun daripada organisasi kecuali merupakan pemberian daripada pihak organisasi anda Latihan Industri.
Yuran
Yuran tertakluk kepada Pekeliling Bendahari (Peraturan Pembayaran Pelajar).
Insuran Pelajar
Semua pelajar UTHM adalah dilindungi oleh Skim Insuran Berkelompok, (rujuk Pejabat Hal Ehwal Pelajar untuk keterangan lanjut).
Bantuan Teknikal
Jabatan Latihan Industri Pelajar
Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni
UTHM 86400 Parit Raja
Batu Pahat Johor
No. Tel : 07-4537457 / 7590
No. Fax : 07-4536262
Emel : li@uthm.edu.my