Introduction

    Jabatan Latihan Industri Pelajar (JLIP) ditubuhkan pada 1 April 2019 dibawah Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA) bagi membantu PKKA berkaitan dengan urusan latihan industri (LI) pelajar. Dua fungsi utama JLIP adalah menguruskan pelaksanaan program LI pelajar secara berkesan dan teratur, dan menjadi penghubung sepanjang tempoh pelaksanaan program diantara pelajar dan pihak syarikat yang menawarkan penempatan LI. JLIP mempunyai dua staf tetap bagi jawatan Ketua Jabatan dan Pembantu Tadbir (P/O) serta dibantu oleh Penyelaras LI Fakulti dari 9 Fakulti di UTHM

    Latihan Industri (Dalam Negara)

    • Permohonan LI dimana-mana organisasi/institusi di dalam negara perlu melalui Sistem Pengurusan Latihan Industri (e-LI) seperti di pautan berikut: https://eli.uthm.edu.my/
    • Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Panduan LI (dalam negara) di Muat Turun
    • Panduan dan tatacara penggunaan Sistem e-LI boleh dirujuk di Muat Turun
    • Senarai iklan tawaran penempatan LI dari syarikat (mengikut zon) boleh rujuk di pautan berikut: https://bit.ly/2TpizRE

    Latihan Industri (Dalam Negara)

    • Permohonan LI ke luar negara adalah secara manual dimana pelajar perlu mengisi borang permohonan dan hantar ke kaunter JLIP sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum LI bermula.
    • Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Panduan LI (luar negara) di Muat Turun

    Latihan Industri (Dalam Negara)

    • Jabatan Latihan Industri Pelajar (JLIP) menguruskan sepenuhnya Latihan Industri (LI) pelajar yang menjalani LI di UTHM atau dipanggil sebagai LI Inbound UTHM. 
    • Pengurusan LI Inbound ini meliputi permohonan, penempatan, penyerahan dan pengesahan dokumen tuntutan pelajar.

    PERMOHONAN PELAJAR

    • Permohonan bagi menjalani latihan industri (LI) di UTHM perlu dihantar ke Jabatan Latihan Industri Pelajar (JLIP), Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA) selewat-lewatnya sebulan sebelum LI bermula.
    • Pelajar perlu menghantar permohonan bersama dokumen yang lengkap ke kaunter JLIP atau melalui email di li@uthm.edu.my.
    • Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Panduan Umum Pengurusan LI Inbound di Muat Turun
    facilites
    affordable-pricing

    PENEMPATAN PELAJAR

    • Pelajar akan ditempatkan di Pusat Tanggungjawab (PTj) sama ada Pusat/Pejabat/Fakulti dibawah penyelian staf UTHM (gred 41 ke atas) di PTj tersebut.
    • Penetapan PTj dan Penyelia LI adalah berdasarkan skop latihan industri yang akan disediakan menepati keperluan bidang/program pelajar.
    • Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Panduan Umum Pengurusan LI Inbound di Muat Turun

    Latihan Industri

    A descriptive paragraph that tells clients how good you are and proves that you are the best choice that they’ve made.

    Pengurusan Latihan Industri Anda

    Daftar LI di sini

    Call for Intern

    Untuk Peluang LI di UTHM

    Frequently Asked Questions

    A descriptive paragraph that tells clients how good you are and proves that you are the best choice that they’ve made.

    Jabatan Latihan Industri Pelajar

    Pelajar Aktif yang telah memperolehi 60% jumlah kredit dalam program berdasarkan jenis bidang pengajian yang ditawarkan oleh Fakulti.

    Pelajar dikehendaki mendaftar LI di sistem eLI modul Daftar LI. Pelajar akan dibenarkan mengakses pencarian syarikat setelah penyelaras menyemak dan mengesahkan permohonan sekiranya jumlah kredit mencukupi 60%. Pelajar tahun 1 tidak dibenarkan membuat permohonan di dalam sistem. Pelajar juga perlu mendaftar subjek LI di Fakulti.

    Pelajar dibenarkan memohon sekurang-kurangnya 3 tempat LI sahaja dan dikehendaki memilih hanya 1 tempat LI sahaja. Sebarang tawaran daripada syarikat akan/perlu dimaklumkan kepada Jabatan Latihan Industri Pelajar, Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA). Jabatan Latihan Industri Pelajar akan mengemaskini status penerimaan dan pelajar boleh menyemak melalui menu status mohon syarikat. Pelajar perlu memberi jawapan pilihan dengan kadar segera kepada Jabatan Latihan Industri Pelajar.

    1. Urusan surat menyurat bagi permohonan kepada industri boleh dicetak melalui sistem.
    2. Pelajar perlu memilih syarikat dan mengesahkan pemilihan syarikat terlebih dahulu sebelum boleh mencetak surat permohonan.
    3. Pelajar juga dikehendaki melampirkan surat permohonan bersama resume pelajar.
    4. Resume pelajar boleh dicetak melalui sistem atau pelajar digalakkan menyediakan resume sendiri mengikut kreativiti pelajar masing-masing.
    5. Segala urusan surat permohonan rasmi berlogo UTHM dan resume akan di hantar sendiri oleh pelajar.

    Pelajar dikehendaki mengisi Surat Jawapan di sistem eLI modul Status Mohon Syarikat pada hari pertama atau selewat-lewatnya seminggu setelah melaporkan diri di Syarikat Latihan Industri. Pelajar diminta untuk kemaskini alamat terkini dalam tempoh seminggu tersebut. Surat Jawapan wajib di isi bagi memudahkan penyelia anda menyelia anda di Syarikat Latihan Industri. Kegagalan untuk mengemaskini maklumat dalam tempoh tersebut adalah ditanggung oleh pelajar bagi urusan sepanjang tempoh Latihan Industri dijalankan.

    UTHM tidak menyediakan peruntukan kewangan untuk pelajar menjalani LI. Pelajar dilarang meminta sebarang imbuhan, upah atau elaun daripada organisasi kecuali merupakan pemberian daripada pihak organisasi anda Latihan Industri.

    Yuran tertakluk kepada Pekeliling Bendahari (Peraturan Pembayaran Pelajar).

    Semua pelajar UTHM adalah dilindungi oleh Skim Insuran Berkelompok, (rujuk Pejabat Hal Ehwal Pelajar untuk keterangan lanjut).

    Jabatan Latihan Industri Pelajar

    Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni

    UTHM 86400 Parit Raja

    Batu Pahat Johor

     

    No. Tel : 07-4537457 / 7590

    No. Fax : 07-4536262

    Emel : li@uthm.edu.my

    Perlukan Bantuan?

    Add a strong one liner supporting the heading above and giving users a reason to click on the button below.