Industrial Training
Outbound
Pengenalan
Jabatan Latihan Industri Pelajar (JLIP) bertanggungjawab menguruskan permohonan dan penempatan pelajar UTHM bagi menjalani latihan industri, sama ada di dalam negara atau luar negara. Permohonan LI di mana-mana organisasi atau institusi di dalam negara perlu dihantar melalui Sistem Pengurusan Latihan Industri (e-LI), manakala permohonan LI ke luar negara adalah melalui proses manual. Dalam hal ini, pelajar perlu mengisi borang permohonan dan menghantarkannya ke kaunter JLIP sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum permulaan latihan industri.