Jalinan Kerjasama Program My Urban Garden

29 Sep 2022 – Jalinan kerjasama program My Urban Garden telah berlangsung di Sekolah Tinggi Segamat, Johor. Pn. Rohaya binti Md. Zain, Pengetua Sekolah Tinggi Segamat hari ini meluangkan masa dalam program My Urban Garden. Program anjuran Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech) dengan kerjasama sukarelawan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan pelajar sekolah terlibat dalam program tersebut.

Antara objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memperkasa teknik pertanian moden yang dapat menjimatkan penggunaan sumber air dan tanah kepada komuniti. Program ini merupakan inisiatif bagi menggalakkan penglibatan orang awam dalam aktiviti pertanian tanaman makanan bagi menyokong Agenda Jaminan Bekalan Makanan Negeri Johor.

Seramai 30 orang sukarelawan dari UTHM yang terdiri daripada mahasiswa/i dan 5 orang pegawai pengiring dari Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni. Program turut disertai oleh alumni UTHM yang berada di kawasan sekitar iaitu Encik Mohd Syahir Anwar Bin Hamzah (alumni FTK), Encik Wan Ahmad Mustaqim Bin Ahmad Zakhi (alumni FKMP) dan Encik Zulhelmy Bin Izzani (alumni PPD) yang bersama-sama membantu menjayakan program tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *