Kunjungan hormat oleh delegasi Kedah Industrial Skills and Management Development Centre (KISMEC) ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

16 Ogos 2022 – Kunjungan hormat oleh delegasi Kedah Industrial Skills and Management Development Centre (KISMEC) ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berlangsung di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 5, PTTA, UTHM.

Pada sesi kunjungan ini turut diadakan pembentangan oleh Pengarah Eksekutif KISMEC, En. Mohd Yusuri Yusof berkaitan informasi, maklumat, isu dan hal ehwal berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan, selain ingin menjalinkan kerjasama di antara KISMEC dan UTHM.

KISMEC merupakan salah satu daripada institusi-institusi TVET di Negeri Kedah Darulaman yang telah beroperasi semenjak tahun 1993 dan merupakan Pusat Latihan Bertauliah IR4.0 BOSCH REXROTH yang pertama di Asia Tenggara.

Objektif utama kunjungan ini diadakan adalah untuk melatih graduan lepasan UTHM di dalam program latihan yang ditaja sepenuhnya (fully-funded training programmes) di KISMEC dan seterusnya membantu graduan ini mendapatkan peluang pekerjaan setelah selesai latihan tersebut.

Pengarah PKKA, PM Ir. Dr. Muhammad Saufi Kamarudin bergambar bersama En. Mohd Yusuri Yusof, En. Mukhtar Mohd Daud dan Staf PKKA.

Sesi pembentangan oleh pihak KISMEC.
Sesi penyampaian cenderahati oleh pihak KISMEC dan UTHM.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *